Jawapan untuk makan pakai TANGAN!!


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri.. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya 'Chersonese – The Guilding Off' oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: 'Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?'

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

'Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri
yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya
seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang
lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya


Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam
longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut........

Posted on 9:01 PM by Khairil Khamis and filed under | 7 Comments »

7 comments:

aku adalah insan.. said... @ July 30, 2009 at 12:38 AM

mkn pkai tgn lagi kenyang lah!!

Khairil Khamis said... @ July 30, 2009 at 1:14 AM

aah kn sindora??
kenyang die pn len kn sindora??

aku adalah insan.. said... @ July 30, 2009 at 8:37 PM

betul..betul..betul..
:)

Dolmar Desserts said... @ August 10, 2009 at 9:17 PM

jilat jari selepas makan kan sunnah rasulullah (walaupun saye tak buat pon)... Kalau makan pakai sudu, takkan nak jilat jari jugak kan3. berkurang la peluang dpt pahale. haha. memandai je. anyway, i'm a new follower!hee

meera.nobody said... @ November 8, 2009 at 3:44 AM

hey,i love this story la bob (: it's true kn,lgpn sunnah nabi and adat melayu mkn ngn tgn,ehe...

meera.nobody said... @ November 8, 2009 at 3:44 AM
This comment has been removed by the author.
meera.nobody said... @ November 8, 2009 at 3:44 AM
This comment has been removed by the author.