I'm Single







I am Single.proud to be Single.but....when the status will change?

Posted on 12:34 AM by Khairil Khamis and filed under | 3 Comments »

Tak Punya Tajuk untuk Rungkaikan Masalah



"Ada satu perkara yg bermain dalam kepala otak aku yang aku sendiri tak tau mcm mana nak dihuraikan.....nak jerit tapi takde orang yang punye telinga untuk mendengar nyaringnya jeritan. nak diluahkan tidak ada hati yang akan bersimpati. Allah Maha Tahu!"

Posted on 11:36 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Puaskan Diri di Karaoke Jamban



Posted on 6:05 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Jitra Lake, Friends & Memory

berbelakangkan langit biru

belakang: looking forward kononnye
depan: nape tengok kamera..!! =)


macam ok je..

fokus ke lensa pulak...

sebelum ke tasik...berposing dulu...


sepetang di tasik...

The Big Syotah

the evening looking good!

stand behind the greatest nature


Posted on 5:19 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

شوال 1430 سوده تيبا.....


دکسمڤتن اين، ساي ايڠين مڠوچڤکن سلامت هاري راي عيدالفطري کڤد سموا يڠ مڠنالي...معافکن کسالهن سامادا يڠ نمڤق اتاو تيدق،سڠاج اتاو تيدق دسڠاجا.ماريله کيت مڽمبوت شوال کالي اين دڠن ڤنوه بهاݢيا دان دالم کسدرهانان....السلام عليکم


سلامت هاري راي عيدالفطري 1430

معاف ظاهير دان باطين

Posted on 9:34 PM by Khairil Khamis and filed under | 2 Comments »

WELCOME RAMADHAN 1430

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi negeri Johor dan kawasan2 sewaktu dengannya:
http://www.maij.gov.my/zakat/images/takwim.pdf


Posted on 1:17 AM by Khairil Khamis and filed under | 2 Comments »

You're Gone Forever


"Don't know what's going on
Don't know what went wrong

Feels like a hundred years I
Still can't believe you're gone
So I'll stay up all night
With these bloodshot eyes
While these walls surround me with the story of our life

I feel so much better
Now that you're gone forever

I tell myself that I don't miss you at all
I'm not lying, denying that I feel so much better now
That you're gone forever

Now things are coming clear
And I don't need you here
And in this world around me
I'm glad you disappeared
So I'll stay out all night
Until the morning comes I'll
Forget about our life

I feel so much better
Now that you're gone forever
I tell myself that I don't miss you at all
I'm not lying, denying that I feel so much better now
That you're gone forever

First time you screamed at me
I should have made you leave
I should have known it could be so much better
I hope you're missing me
I hope I've made you see
That I'm gone forever


And now it's coming clear
That I don't need you here
And in this world around me
I'm glad you disappeared

I feel so much better
Now that you're gone forever
I tell myself that I don't miss you at all
I'm not lying, denying that I feel so much better now
That you're gone forever
And now you're gone forever
And now you're gone forever"
Posted on 11:27 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Durian ALLAH

ha....jom tgk the power of ALLAH!!!
dapat dari emel..

dah lame dah aku smpan dlm folder..
tapi tak pernah bukak...

so ngah susun file dlm laptop..

terjumpe la gambar ni...
jom layan!!!






p/s: pernah mkn durian sampai kenyang kat Tangkak Johor... yang sekilo rm5.00 (bila makan..tenggelam gigi...) sampai sekarang dah muak nak mkn....harap muak ni tak kekal lame..dan tak sabar nak tunggu musim durian lagi..hahaha....



Posted on 10:36 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Jamuan Kaum Ibu MARA Johor...awal Ramadhan


hari: Senin (17.08.2009)
lokasi: PMN Johor
masa: waktu berkerja...

pagi tu...aku sangat lapar gaban..
so ajak Qarib pergi makan...
tibe2...lepas bacaan doa....
sorang2 kaum hawa...bawak makanan..
pelik gak...
bila ditanya...rupenye ade jamuan sempena menyambut awal Ramadhan...
mcm2 ada!
laksa Johor...
Laksa Penang...
Nasi dagang...
Nasi Goreng...
kuih-muih...
kenyang gaban aku...hahahaha....

jom tgk gmbr...aku yg amek...
tanpa gune SLR camera....hehehe...


oren yang manis...

kuih seri bermuka-muka..hahah


duku yang macam tak masak pn ade....heheh..


murtabak yang mudah rosak..(tak teragak2 logo...haha)


mee goreng..

kuih kusui


kuih apam

yang ni aku...dah byk sgt mknan..so blur nak mkn apa..

Posted on 11:50 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

kerja::Bandar JB dr Selat Tebrau::Cruise 8....


masa: 7.30 PM-12.00am
tarikh: 07.08.2009
lokasi penggambaran: Cruise 8,Danga Bay, Johor Bahru
program: Malam Jasamu Dikenang

ikot tarikh yang aku cakap...aku keje aritu sampai pkol 11pm lebey...
sebelah pagi smpi abes keje kol 5pm...aku setelkn video suprise utk En.Aziz...sebab aku yg mengilhamkn benda tu...daripada takde bende kerja...better aku buat keje ni...
tapi yg sebenarnye....video tu tak siap smpi pkol 5pm..ingt leh siap..upenye tak..smpi pkol 7pm gak siap...
so...tak sempat balik uma..tros pegi ke Danga Bay..
meh layan gmbar mase aku di Cruise 8, Danga Bay.......


CRUISE 8


sampai je di tepi Cruise 8, En. Najib trus ambil gambar ni...

naik je Cruise 8...tros tolong En.Aziz(dlm gmbr) settle kan montaj untuk majlis malam tu

Aini, Tasya, En.Aziz, Bubub


Staf MARA Johor


Bandar Johor Bahru dari Selat Tebrau

di tingkat 2 Cruise 8...


Posted on 11:11 PM by Khairil Khamis and filed under | 1 Comments »

Farewell to Ustaz Asri


(1969-2009)

al-Fatihah

"From Him we comes and from Him we return"

Posted on 11:37 PM by Khairil Khamis and filed under | 1 Comments »

RAKYAT PELBAGAI KAUM MAHU ISA DIKEKALKAN SUPAYA KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA TERJAMIN

By Perry:
Ada desas-desus bahawa Gabungan Mansuhkan ISA ( GMI) yang menjalankan aktiviti-aktiviti membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan menganjurkan satu perhimpunan pada 1 ogos 2009 di Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, pelbagai media cetak dan on-line juga melaporkan bahawa Majlis Permuafakatan Ummah ( Perwaris) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa) juga akan menganjurkan perhimpunan aman bagi menuntut ISA dikekalkan.

Pemerhati berpendapat, apa sahaja tujuan perhimpunan tersebut, sebarang perhimpunan yang berkaitan dengan ISA harus di elakkan kerana ianya bukan sahaja dijangka akan menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum, malah akan menjejaskan imej Malaysia di kaca mata dunia pada saat-saat Malaysia memerlukan pelaburan asing dalam menghadapi krisis ekonomi global yang dijangkakan akan melanda dunia pada masa yang terdekat.

Najib dengan memperkenalkan pelbagai dasar progresif dan liberal baru-baru ini , berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia supaya dapat mengelak rakyat Malaysia menderita akibat ekonomi krisis dunia.

Sehubungan ini,rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan aliran politik perlu memahami scenario politik dan ekonomi sedunia semasa dan berhati-hati dalam menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang mampu menjejaskan imej Malaysia.

Rakyat yang mementingkan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan hidup menyambut baik seruan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, supaya orang ramai jangan menyertai sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak berhubung dengan Akta ISA.

ISA adalah merupakan satu Akta yang sangat penting dan genting dalam menjamin keselamatan dan keharmoniam hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Negara-negara yang maju.malah menjadi jaguh perjuangan civil liberties saperti USA dan UK juga baru-baru ini telah memperkenalkan Akta keselamatan mirip kepada ISA di Malaysia. USA telah memperkenalkan ‘USA Patriotic Act’ pada 26 Oktober 2001 dan United Kingdom memperkenalkan ‘The Terrorism Act 2006’ pada 12 Oktober 2005. Kedua-dua Akta tersebut mendapat sokongan kuat daripada rakyat negara masing-masing.Malah parti-parti politik yang bertentangan dalam medan politik kepartian bersetuju bersama dan kerjasama dalam meluluskan undang-undang serta Akta –Akta tersebut demi menjamin keselamatan rakyat dan negara masing-masing.
Berhubung dengan jumlah tahanan ISA, Menteri Dalam Negeri dalam menjawab satu soalan di Parlimen pada 25 Jun 2009, memaklumkan bahawa walaupun semenjak tahun 2004,seramai 100 orang telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, pada masa kini hanya 12 orang tahanan yang masih menjalani Perintah Tahanan di bawah AKDN 1960. Mereka ini terdiri daripada 8 orang tahanan yang terlibat dengan kegiatan militan serta 4 orang tahanan yang didapati terlibat dengan pamalsuan dokumen.Daripada jumlah keseluruhan orang tahanan tersebut, 6 orang daripada mereka adalah warga negara sing dan 6 orang lagi adalah warga negara Malaysia.
Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaantidak mengenakan AKDN 1960 dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik.Di sebaliknya tahanan itu adalah dibuat berdasarkan penglibatan seseorang dengan kegiatan-kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Kerajaan sedar bahawa beberapa ciri dalam Akta ISA yang diperkenalkan dalam zaman penjajah British untuk menawan fahaman politik ganas kominisme adalah tidak releven pada masa sekarang. Namun, kerajaan dan sebahagian besar rakyat Malaysia sedar bahawa ISA masih diperlukan untuk menghadapi ancaman pengganas dan anasir-anasir ekstremis politik,agama dan perkauman. Malaysia sebagai sebuah negara multi-racial dan multi-agama-budaya tidak mampu menanggung satu kumpulan kecil yang cuba menggunakan sentimen-sentimen perkauman dan agama yang tidak sihat untuk semata-mata meraih sokongan politik.

Justeru,tidaklah keterlaluan sekiranya membuat kesimpulan bahawa Malaysia masih memerlukan ISA dengan beberapa pindaan yang kerajaan sedang memikirkan dan gugurkan beberapa syarat dalam ISA yang didapati ketinggalan zaman supaya keselamatan rakyat dan negara sentiasa terjamin.Sesungguhnya, dengan adanya ISA, Malaysia menjadi teladan kepada negara-negara maju dalam konteks urustadbir keselamatan rakyat dan negara.

Rakyat yang mencinta Malaysia dan kepelbagaian agama, budaya dan cara hidup akan menyokong ISA terus dikekalkan,malah akan menolak sebarang usaha membantah ISA. Kerajaan yang dipimpin oleh Najib Tun Razak tidak akan sesekali menggadaikan keselamatn dan kepentingan negara serta kesejahteraan dan keharmonian rakyat, malah berkomited untuk mempastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara setiap masa dengan gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Prestasi Di Utamakan.


sumber: http://wiramalaysia.blogspot.com


Posted on 12:29 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Warkah untuk si Fara


Kepada kawan aku...
Sharifah Norfaraziha..
selamat hari lahir yang ke-22

semoga apa yang dihajatkan dimakbulkan
dimurahkan rezeki...
dipanjangkan umur...
amin...

fara...
sekarang ni...
masa untuk mencari kawan2 lama..
lupakan sejarah lama...
buang masa ingat orang yang dah tak hargai kita...

fara..
kawan lagi penting dari dia...
fikirla balik...
masa farah sakit...
ada dia datang bagi ubat...
takde!!
kawan2 jugak yang tolong..
btol kate orang..
kawan2 lagi penting......
kalu setakat msg..." mkn ubt tau...bla..bla.."
ilham pn bleh la fara....!!

fara..
mbazir la nangis kat orang yang tak hargai kita..
so tak payah nangis2...
skang cari kawan2 farah yang farah dah tinggalkan kerana dia...

chayok2!! (trademark fara...)

fara...friends forever...

moral value: jangan lupakan kawan2....



Posted on 12:31 AM by Khairil Khamis and filed under | 2 Comments »

Jawapan untuk makan pakai TANGAN!!


Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri.. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya 'Chersonese – The Guilding Off' oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: 'Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?'

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

'Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri
yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya
seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang
lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya


Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam
longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut........

Posted on 9:01 PM by Khairil Khamis and filed under | 7 Comments »

HEBAT !! 1.2.3.4.5.6.7.8.9...


kawan2...

tunggu waktu ini

12:34:56 PM pada 07.08.09

masa dan tarikh akan jadi

123456789!!!

benda ni sekali seumur hidup dalam hidup korang!!!


Posted on 12:04 PM by Khairil Khamis and filed under | 1 Comments »

UUM sah tiada pelajar dijangkiti


ALOR STAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok semalam mengesahkan tiada pelajarnya dijangkiti Influenza A (H1N1) tetapi tetap menghentikan kuliah selama seminggu mulai kelmarin sebagai langkah berjaga-jaga

Kelmarin, UUM menangguhkan kuliah di semua fakulti selepas beberapa pelajar demam, batuk dan selesema.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan tiada pelajar UUM dijangkiti H1N1 tetapi hanya penyakit seperti influenza (ILI) yang mempunyai tanda H1N1.

Sementara itu, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) tidak bercadang menangguh kuliah serta menutup semua operasi kampusnya berikutan kes pertama H1N1 dikesan di Perlis membabitkan empat pelajarnya, kelmarin.

sumber: harian metro 28.07.2009
Posted on 11:13 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

marah aku mula datang!


dengan tajuk yang aku bagi kat atas...
dapat aku simpulkan memang aku mula nak naik marah!!
aku ngah kumpul kemarahan aku sekarang!
kau tunggu aku maki kau!!
kau tunggu!!
aku dah terasa ego aku dicabar..
setelah ego aku dibawah sifar sebelum ni untuk kau!!

MEMANG AKU AKAN MAKI KAU!

Posted on 9:48 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

suara


alamak!! terpikat la weh dengan suara die!
i'm melted with that voice!
hahaha....
Posted on 9:23 PM by Khairil Khamis and filed under | 1 Comments »

Makbulkan Ya Tuhanku!


Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Mengasihi
seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian sejahtera dan abadi

tetapi Ya Allah
seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
bawalah ia jauh dari pandanganku
luputkanlah ia dari ingatanku
dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku bisa bahagia
walaupun tanpa bersama dengannya

AMIN
Posted on 5:50 AM by Khairil Khamis and filed under | 4 Comments »

Bacalah....


bacalah....
fahamkan setiap inci perkataan...
supaya kau tahu apa aku maksudkan..
supaya kau ingat...
supaya kau tahu apa isi hati aku!
Posted on 11:10 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

UUM....H1N1....


baru petang tadi mendapat tahu....
UUM dikehendaki menutup "premis"nya selama Seminggu...
kerana virus H1N1
( BABI PUNYE BABI...KRN SELESEMA KO ORG TAK DAPAT BLAJAR..HAHA..)
seronok la korg iye??!! hahaha

kepada semua pelajar UUM..

aku ucapkan selamat bercuti...
pastikan virus H1N1 tidak merebak ke tempat asal anda pulak!!
pastikan anda tahu langkah2 pencegahan H1N1...



Posted on 11:56 PM by Khairil Khamis and filed under | 12 Comments »

Farewell to Yasmin Ahmad


(July 1, 1958 - July 25, 2009)
AL-FATIHAH


"From Him we comes and from Him we return"
Posted on 10:30 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Untuk Dia


Kehadiran membawa seribu erti
Terasa bagaikan suatu mimpi
Indah mahligai yang kita bina
Impian kini terlaksana sudah

Tiada ku terlintas akan terjadi

Kita kan terpisah jua akhirnya
Sejenak ku terfikir segala
Oh keindahan bersamamu

Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita

Setelah kau pergi tiada kembali
Pilunya tak dapat ku menggambarkan
Abadi kasihku yang amat suci
Biarku yang dalam kegelapan

Dengarlah dendangan laguku untukmu
Suara hati lambang suci murni
Berat saatku dilamun rindu
Setelah lama dikau pergi oh...
Kasihku... oh...

Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita

Setelah kau pergi tiada kembali
Pilunya tak dapat ku menggambarkan
Abadi kasihku yang amat suci
Biarku yang dalam kegelapan
Kasihku... oh...


Posted on 3:04 PM by Khairil Khamis and filed under | 1 Comments »

Khairil & Januari


* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.

* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

Posted on 12:41 AM by Khairil Khamis and filed under | 1 Comments »

Jin Lagi Baik Daripada Manusia???


Tergerak hati untuk menambah entri..
walaupun sedang bertugas...

aku di datangi pelanggan warga emas...
untuk akses PC dan internet..
untuk menaip kerjanya..
dalam kerjanya itu..
aku terlihat..
satu ungkapan ayatnya....

"....SEJAHAT-JAHAT MANUSIA adalah SEBAIK-BAIK JIN....."

aku sudah tau maksud ungkapan itu....

FIKIRKAN!!!


Posted on 1:18 PM by Khairil Khamis and filed under | 1 Comments »

Cari Apa?


mate sgt berat untuk aku angkat...
jam dah kol 2am...
tapi napa aku malas nak tdo???
padahal esok awl2 pagi mcm besa kene bangun....
nak pergi kerja...
jangan esok macam semalam....
bangun2 dah pukul 745am...
padahal masuk kerja pukul 800am!!!
nasib baik cuaca kurang baik...
boleh jadikan alasan...
kalu tak confirm kene bedal!
apa yang aku fikirkan sekarang ni??
ternyata apa yang berlaku semalam masih segar...
aduhai....
rupa2nya aku baru jumpa Tuhan hari ini baru 4 kali....
Tuhan....MAKBULKAN!

Posted on 1:51 AM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Allah Sayang kita



"Ilham, Jika doamu di makbulkan tandanya ALLAH menyayangi dirimu,jika lambat dimakbulkan tndanya ALLAH ingin mengujimu. dan jika doamu tak dimakbulkan,ALLAH merancang yang terbaik untukmu....."


-Sharifah Norfaraziha Engku Hussien-
Posted on 8:31 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Doa Jarang Dimakbulkan oleh Dia



"Allah jarang makbulkan doa hambanya... tapi dalam masa yg sama Allah memberikan yg terbaik untuk hamba-Nya....."

-Nadia Tamazi-




Posted on 8:22 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Tuhan, Makbulkan!


"Allah, makbulkanlah doa hambaMu ini. Sesungguhnya kemakbulan doa yang aku minta itu ada sebaik-baik nikmat yang aku inginkan dariMU...AMIN...."

Posted on 1:30 AM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Teruskan Hidup



"Teruskanlah hidup dan yakinilah di sebalik seribu orang yg membangkitkan masalah kpd kita, ada sejuta lagi manusia yg sanggup membantu kita..."




Posted on 12:07 AM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Nama aku



Khairilham
Khamis + Hamidah=Khairilham
Khairil + Ilham = Khairilham

Khairil = baik
Ilham = inspirasi

khairilham = inspirasi yang baik

Posted on 6:18 PM by Khairil Khamis and filed under | 2 Comments »

Jujur...Tindas...

"kalau kita terlampau jujur kita akan DITINDAS..."


-Nurul Ain Abu Zarim-




Posted on 3:34 PM by Khairil Khamis and filed under | 2 Comments »

THE DAY!



hari ini 21 Julai 2009

4 bulan lalu aku lamar kau jadi kekasih aku...
dan kau terima itu...

tapi...

pada tarikh ini, kau pergi mana?


Posted on 1:19 PM by Khairil Khamis and filed under | 1 Comments »

Biarkan



"biarkan aku luahkan apa yang aku rasa kat dalam blog aku ni..tak nak jadi hipokrit dan bohong pada diri sendiri...."

-khairil khamis-



Posted on 11:56 PM by Khairil Khamis and filed under | 1 Comments »

Jangan Mengharap Balasan



"jika kita mencintai@suka kat seseorang, jangan mengharapkan balasan untuk perasaan itu..."


-Zalikha Ibrahim-


Posted on 11:39 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

Love is not Movie...




".....do not say you love somebody and then change your mind.
Love is not like picking what movie you want to watch....."



Posted on 1:48 PM by Khairil Khamis and filed under | 2 Comments »

KENANGAN -episod 4-

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku
Bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap saja

Posted on 9:57 AM by Khairil Khamis and filed under | 1 Comments »

Salam Israk Mikraj


Keterangan : Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad
SAW sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara. Pada
saat Nabi Muhammad hendak Mikraj batu tersebut nak ikut bersama, tetapi
Nabi SAW menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu
tersebut tidak dibenarkan ikut.
Kisah Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW tentang batu gantung tersebut yang
berada dalam masjid Umar (Dome of the Rock) di Lingkungan Masjidil AL
AQSA di Yarusalem (Baitulmuqadis).

Sampai sekarang masjid “dome of rock” ditutup untuk umum, dan Yahudi
telah membuat masjid lain iaitu Al Sakhra tak jauh disebelahnya
dengan kubah “emas” ( yg sering terlihat di poster2 yg disebarkan ke
seluruh dunia dimana2 ) dan disebut sebagai Al Aqsa, untuk mengelabui
ummat Islam dimana masjid Al Aqsa yang sebenarnya, yang Nabi Muhammad
SAW pernah sebutkan Al Aqsa sebagai “masjid kubah biru”.
Sekarang ini masjid Al Aqsa yg sebenarnya sudah diambil alih oleh Israel
dan merancang untuk dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah
mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan bangsa Yahudi.

Posted on 12:41 AM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »