UUM sah tiada pelajar dijangkiti


ALOR STAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok semalam mengesahkan tiada pelajarnya dijangkiti Influenza A (H1N1) tetapi tetap menghentikan kuliah selama seminggu mulai kelmarin sebagai langkah berjaga-jaga

Kelmarin, UUM menangguhkan kuliah di semua fakulti selepas beberapa pelajar demam, batuk dan selesema.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan tiada pelajar UUM dijangkiti H1N1 tetapi hanya penyakit seperti influenza (ILI) yang mempunyai tanda H1N1.

Sementara itu, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) tidak bercadang menangguh kuliah serta menutup semua operasi kampusnya berikutan kes pertama H1N1 dikesan di Perlis membabitkan empat pelajarnya, kelmarin.

sumber: harian metro 28.07.2009
Posted on 11:13 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

0 comments: