RAKYAT PELBAGAI KAUM MAHU ISA DIKEKALKAN SUPAYA KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGARA TERJAMIN

By Perry:
Ada desas-desus bahawa Gabungan Mansuhkan ISA ( GMI) yang menjalankan aktiviti-aktiviti membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan menganjurkan satu perhimpunan pada 1 ogos 2009 di Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, pelbagai media cetak dan on-line juga melaporkan bahawa Majlis Permuafakatan Ummah ( Perwaris) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa) juga akan menganjurkan perhimpunan aman bagi menuntut ISA dikekalkan.

Pemerhati berpendapat, apa sahaja tujuan perhimpunan tersebut, sebarang perhimpunan yang berkaitan dengan ISA harus di elakkan kerana ianya bukan sahaja dijangka akan menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum, malah akan menjejaskan imej Malaysia di kaca mata dunia pada saat-saat Malaysia memerlukan pelaburan asing dalam menghadapi krisis ekonomi global yang dijangkakan akan melanda dunia pada masa yang terdekat.

Najib dengan memperkenalkan pelbagai dasar progresif dan liberal baru-baru ini , berusaha bersungguh-sungguh untuk menarik pelaburan asing ke Malaysia supaya dapat mengelak rakyat Malaysia menderita akibat ekonomi krisis dunia.

Sehubungan ini,rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan aliran politik perlu memahami scenario politik dan ekonomi sedunia semasa dan berhati-hati dalam menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang mampu menjejaskan imej Malaysia.

Rakyat yang mementingkan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan hidup menyambut baik seruan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, supaya orang ramai jangan menyertai sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak berhubung dengan Akta ISA.

ISA adalah merupakan satu Akta yang sangat penting dan genting dalam menjamin keselamatan dan keharmoniam hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Negara-negara yang maju.malah menjadi jaguh perjuangan civil liberties saperti USA dan UK juga baru-baru ini telah memperkenalkan Akta keselamatan mirip kepada ISA di Malaysia. USA telah memperkenalkan ‘USA Patriotic Act’ pada 26 Oktober 2001 dan United Kingdom memperkenalkan ‘The Terrorism Act 2006’ pada 12 Oktober 2005. Kedua-dua Akta tersebut mendapat sokongan kuat daripada rakyat negara masing-masing.Malah parti-parti politik yang bertentangan dalam medan politik kepartian bersetuju bersama dan kerjasama dalam meluluskan undang-undang serta Akta –Akta tersebut demi menjamin keselamatan rakyat dan negara masing-masing.
Berhubung dengan jumlah tahanan ISA, Menteri Dalam Negeri dalam menjawab satu soalan di Parlimen pada 25 Jun 2009, memaklumkan bahawa walaupun semenjak tahun 2004,seramai 100 orang telah dikenakan Perintah Tahanan di bawah Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, pada masa kini hanya 12 orang tahanan yang masih menjalani Perintah Tahanan di bawah AKDN 1960. Mereka ini terdiri daripada 8 orang tahanan yang terlibat dengan kegiatan militan serta 4 orang tahanan yang didapati terlibat dengan pamalsuan dokumen.Daripada jumlah keseluruhan orang tahanan tersebut, 6 orang daripada mereka adalah warga negara sing dan 6 orang lagi adalah warga negara Malaysia.
Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaantidak mengenakan AKDN 1960 dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan politik.Di sebaliknya tahanan itu adalah dibuat berdasarkan penglibatan seseorang dengan kegiatan-kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Kerajaan sedar bahawa beberapa ciri dalam Akta ISA yang diperkenalkan dalam zaman penjajah British untuk menawan fahaman politik ganas kominisme adalah tidak releven pada masa sekarang. Namun, kerajaan dan sebahagian besar rakyat Malaysia sedar bahawa ISA masih diperlukan untuk menghadapi ancaman pengganas dan anasir-anasir ekstremis politik,agama dan perkauman. Malaysia sebagai sebuah negara multi-racial dan multi-agama-budaya tidak mampu menanggung satu kumpulan kecil yang cuba menggunakan sentimen-sentimen perkauman dan agama yang tidak sihat untuk semata-mata meraih sokongan politik.

Justeru,tidaklah keterlaluan sekiranya membuat kesimpulan bahawa Malaysia masih memerlukan ISA dengan beberapa pindaan yang kerajaan sedang memikirkan dan gugurkan beberapa syarat dalam ISA yang didapati ketinggalan zaman supaya keselamatan rakyat dan negara sentiasa terjamin.Sesungguhnya, dengan adanya ISA, Malaysia menjadi teladan kepada negara-negara maju dalam konteks urustadbir keselamatan rakyat dan negara.

Rakyat yang mencinta Malaysia dan kepelbagaian agama, budaya dan cara hidup akan menyokong ISA terus dikekalkan,malah akan menolak sebarang usaha membantah ISA. Kerajaan yang dipimpin oleh Najib Tun Razak tidak akan sesekali menggadaikan keselamatn dan kepentingan negara serta kesejahteraan dan keharmonian rakyat, malah berkomited untuk mempastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara setiap masa dengan gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Prestasi Di Utamakan.


sumber: http://wiramalaysia.blogspot.com


Posted on 12:29 PM by Khairil Khamis and filed under | 0 Comments »

0 comments: